fbpx

Mayat lelaki tanpa identiti tersangkut dalam anak sungai dekat loji kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki tanpa pakaian ditemui tersangkut di dalam anak sungai berhampiran loji kumbahan Kampung Felda Sendayan semalam. - Foto IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemui tersangkut di dalam anak sungai berhampiran loji kumbahan Kampung Felda Sendayan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihak polis telah menerima maklumat berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Pihak polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah membawa keluar mayat tersebut.

“Mayat ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dipercayai akibat dihanyutkan arus deras,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Arifai, pemeriksaan yang dijalankan mendapati mayat tanpa identiti itu dipercayai bangsa Cina berdasarkan warna kulit.

“Anggaran umur dipercayai sekitar lewat 40-an dan tiada tanda-tanda khusus pada mayat tersebut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang kehilangan keluarga seperti ciri-ciri tersebut atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rubama Lawasa di talian 013 -3144250 atau IbuPejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelanat Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.53 pagi.

“Tindakan anggota bomba membantu mengambil mayat menggunakan tangga jentera dan ‘basket stretcher’ dan seterusnya menyerahkan mayat tersebut kepada pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI