fbpx

Konflik Palestin-Israel: Lebih 300 seberang Lintasan Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DERETAN ambulans beratur sebelum membawa pesakit ke Mesir di Lintasan Rafah semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 335 individu dengan dua kewarganegaraan dan 76 mangsa yang cedera parah serta pesakit dibawa menyeberangi Lintasan Rafah di sempadan Gaza-Mesir menjelang lewat semalam dengan lebih ramai lagi dijangka menyusul, lapor akhbar The Guardian.

Lintasan Rafah akhirnya dibuka buat pertama kali semalam setelah lebih tiga minggu tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Namun, ia dibuka pada waktu terhad bagi membenarkan berpuluh-puluh penduduk Palestin yang cedera dan memerlukan rawatan dipindahkan dari Gaza selain ratusan pemegang pasport asing menyeberangi lintasan tersebut.

Kebanyakan pesakit akan dibawa ke hospital lapangan yang dibina oleh pihak berkuasa Mesir di Sheikh Zuweid yang terletak 15 kilometer dari bandar Rafah.

Sementara itu, sebilangan yang lain akan dibawa ke hospital tetap di bandar El-Arish atau bandar Ismailia yang berdekatan.

Pembukaan lintasan itu diibuat hasil rundingan antara Mesir, Israel dan Hamas, dengan penyelarasan oleh Amerika Syarikat (AS) selepas campur tangan Qatar, yang menjadi pengantara dalam rundingan tersebut.

Tiada butiran mengenai berapa lama lintasan itu akan terus dibuka walaupun terdapat pembukaan lain telah dicadangkan dalam beberapa hari akan datang.

Dalam pada itu, warganegara asing yang dibenarkan keluar semalam termasuk dari Australia, Austria, Bulgaria, Republik Czech, Finland, Indonesia, Jepun, AS, Britain dan Jordan serta kakitangan daripada beberapa organisasi bantuan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI