fbpx

Konflik Palestin-Israel: Angka kematian askar Zionis lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta kebal Israel menjadi sasaran mortar Briged Qassam di Semenanjung Gaza baru-baru ini. - Foto media Qassam

BANDAR GAZA – Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari mengumumkan seramai 15 askar Rejim Zionis terbunuh dan pertempuran dengan Hamas semalam, lapor laman berita Palestine Chronicle.

Dalam satu pengumuman kemudian, ia mengumumkan seorang lagi askarnya terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Bagaimanapun, stesen televisyen Al-Jazeera ketika memetik kenyataan seorang komander Briged Al-Qassam sebagai berkata, jumlah kematian dalam kalangan tentera Israel sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang diumumkan oleh rejim tersebut.

Pegawai tersebut turut mengeluarkan beberapa kenyataan semalam yang melaporkan pertempuran sengit di bahagian berlainan di Semenanjung Gaza.

Tambahnya, anggota pejuangnya dapat memusnahkan pelbagai kenderaan tentera Israel menggunakan peluru berpandu Al-Yassin 105, misil dan dron Zawari. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI