fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kem pelarian Jabalia dibom kali kedua, 80 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video rakaman AFP menunjukkan kemusnahan akibat pengeboman di kem pelarian Jabalia, semalam. – AFP

BANDAR GAZA – Serangan udara kedua untuk dua hari berturut-turut sekali lagi menggegarkan kem pelarian Jabalia semalam yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 80 orang, lapor saluran berita CNN.

Pengarah hospital Indonesia di Gaza, Dr. Atef Al Kahlout berkata, sekurang-kurangnya 80 mayat dibawa ke kemudahan berkenaan selepas pengeboman tersebut, manakala banyak lagi yang tertimbus di bawah runtuhan.

Menurut Atef, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia ialah wanita dan kanak-kanak selain beratus-ratus lagi cedera.

Pasukan Pertahanan Israel mengesahkan pasukannya mengebom kawasan kejiranan Falluja di kem pelarian Jabalia dengan mendakwa beberapa anggota Hamas terbunuh dalam serangan tersebut.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan kemusnahan teruk di sekeliling kawasan yang mempunyai kawah yang dalam akibat dibom.

Orang ramai menggali runtuhan bagi mencari mayat atau mangsa yang selamat.

Askar Rejim Zionis melancarkan serangan udara juga di kem pelarian Jabalia kelmarin, di sebuah kawasan berdekatan Falluja.

Pegawai perubatan meletakkan angka kematian yang tinggi iaitu lebih 100 orang, namun Kementerian Kesihatan di Gaza menyebut sebagai 50 terkorban. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI