fbpx

Kiub, serbuk pati ayam naik harga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEGAMAT – Bahan masakan penambah rasa berperisa ayam didapati naik harga berbanding harga ayam mentah yang masih kekal di pasaran di sekitar Bandar Segamat.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya hari ini memperlihatkan kenaikan dalam kadar 15 sehingga 20 peratus bagi bahan masakan tambahan ayam tersebut seperti kiub dan serbuk pati ayam.

Pengguna, Azawiyah Kadir, 36, berkata, bagaimanapun, dia bersyukur harga ayam mentah masih lagi tidak mengalami kenaikan memandangkan dia acap kali membeli ayam mentah juadah jualan makanan.

“Apabila menteri (Mohamed Sabu) mengumumkan tiada lagi subsidi ayam bermula semalam, saya sedikit panik dan bimbang dengan kos yang terpaksa saya tanggung atas kenaikan harga ayam mentah ini.

“Namun sebaliknya, bahan perisa tambahan yang naik harga seperti kiub serta serbuk pati ayam yang tidak kurang pentingnya dalam menambah keenakan juadah.

“Jika masak bubur ayam atau sup ayam, memang saya perlukan kiub atau serbuk pati ayam ini sebagai alternatif dapat memberi rasa ayam yang lebih disebabkan terpaksa mengawal kuantiti ayam mentah,” katanya ketika di temui di sebuah pasar raya di Taman Yayasan, Segamat, hari ini.

Harga bagi sekotak kiub ayam kini adalah RM3.30 bagi enam kiub di mana sebelum ini berharga RM2.90, manakala 12 kiub berharga RM6 berbanding RM5.50 dahulu.

Bagi harga ayam mentah sekilogram adalah RM7.99 (beku) manakala ayam segar masih RM9.50 sekilogram.

Pengguna lain, Wong Heng Choo, 56, berkata, kebimbangan mengenai harga ayam dan telur ayam yang tidak menentu menyukarkannya untuk membuat belanjawan bulanan sekeluarga. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI