fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah di hampir seluruh negara termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Semenanjung, cuaca baik itu diramal berlaku di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Manakala di Sabah pula, kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan WP Labuan dijangka cuaca yang sama. Bagaimanapun, kawasan Tawau diramal berlaku hujan di satu dua tempat.

“Selain itu, di Sarawak, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang diramal cuaca cerah pagi ini,” katanya.

Tambahnya, bagi kawasan Betong, Sarikei dan Mukah pula diramal cuaca buruk berlaku pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI