fbpx

Cuaca buruk melanda hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hampir seluruh negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bakal dilanda hujan dan ribut petir, malam ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya, ribut petir diramal berlaku di negeri Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pedalaman Kelantan.

“Selain itu, hujan turut diramal berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman Perlis, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Di Sabah, hujan juga diramal berlaku di satu dua tempat Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan WP Labuan. Manakala kawasan Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak pula turut diramal cuaca buruk,” katanya.

Tambah MetMalaysia, tiada hujan diramal berlaku di WP Putrajaya, Melaka, Johor, Tawau, Kudat, Kuching, Serian, Samarahan, Betong dan Sarikei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI