fbpx

Bekas pensyarah derita kanser ovari mahu cari kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harniza (kiri) menunjukkan tesis PhDnya di rumahnya di Kuala Ibai, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Bekas pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini yang menderita sakit kanser ovari dan Sistemetik Lupus Eritematosus (SLE) merayu agar diberi pekerjaan bagi membiayai kos perubatannya.

Harniza Abd. Razak, 45, yang merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Bahasa Inggeris berdepan dengan masalah kesihatan sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, dia diserang strok pada 2017 sehingga hilang upaya fizikal dan bergerak menggunakan kerusi roda.

“Pendarahan kepala yang se­rius akibat strok menyebabkan saya sukar bekerja dalam tekanan sehingga memutuskan untuk meletakkan jawatan (sebagai pensyarah),” katanya.

Ceritanya, tahap kesihatannya terus merosot setahun kemudian apabila disahkan menghidap kanser ovari sehingga terpaksa membuang sebelah ovari pada tahun 2018.

“Ujian kesihatan terus me­nimpa saya apabila disahkan mengalami penyakit SLE tahun lalu, namun berkat kegigihan, saya berjaya menghabiskan pengajian dalam PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Ogos tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya, dia memerlukan pekerjaan demi kelangsungan hidup dan bagi membiayai kos perubatan.

“Saya bergantung kepada pendapatan suami sebagai imam masjid. Berharap diberi peluang kerja termasuk menjadi pencera­mah motivasi bagi menampung kos perubatan dan pembelian lampin pakai buang,” katanya.

Ujarnya, selagi terdaya, dia mahu menggunakan bakat dan ilmu kurniaan Allah dan pihak yang mahu membantu boleh menghubungi­nya di talian 013-2800709.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI