fbpx

Badan pimpinan negeri ambil alih pengurusan Bersatu Kuala Kangar, Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PETALING JAYA – Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan selepas Ahli Parlimen parti itu menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Tindakan itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sementara menunggu keputusan dibuat lembaga disiplin terhadap kedua-dua Ketua Bahagian tersebut yang juga merupakan Ahli Parlimen.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Bersatu tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Seluruh Ahli Parlimen Bersatu kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

“Sebarang cubaan pihak luar untuk memecah-belahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya.

“Bersatu amat komited dalam usahanya memperkasakan Perikatan Nasional (PN) yang telah mendapat mandat serta sokongan besar rakyat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan.

“Pelantikan itu berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan),” ujarnya.

Terdahulu, dua Ahli Parlimen yang juga ahli Bersatu menyatakan sokongan kepada kerajaan adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili.

Iskandar Dzulkarnain mengejutkan ramai orang apabila tampil menyatakan sokongannya kepada Persana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Ogos lalu dengan alasan kos sara hidup di kawasannya semakin meningkat.

Tiga minggu kemudian, Suhaili yang juga MPT Bersatu menyatakan pendirian yang sama atas faktor masalah rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Dia turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI