fbpx

Ayam di Rompin dijual serendah RM6.49

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohd Sharim menunjukkan ayam yang dijual dengan harga RM6.49 sekilogram di sebuah pasar raya di Rompin hari ini.

ROMPIN – Harga ayam yang dijual di Pasar Besar Rompin semalam adalah RM9.40 sekilogram dan bukannya RM11 seperti yang dilaporkan.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Rompin, Wan Mohd. Sharim Wan Mohamed berkata, harga RM11 sekilogram semalam adalah harga keseluruhan selepas dicampur upah potong sebanyak RM1.60 bagi seekor ayam.

“Hari ini harga ayam di Pasar Besar Rompin turun kepada RM9.90 sekilogram termasuk upah potong.

“Malah harga yang dijual di beberapa pasar raya adalah lebih murah sehingga ada yang menjual serendah RM6.49 sekilogram,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd. Sharim berdasarkan pemantauan sejak semalam beberapa pasar raya seperti LM Fresh di Tanjung Gemok di sini menjual ayam dengan harga yang berpatutan iaitu RM6.69 sekilogram.

Katanya, pasar raya lain di bandar Rompin juga menjual ayam dengan harga yang berpatutan tidak melebihi RM10.

“Pada hari ini dalam pemantauan saya dapati ayam dijual di Pasar Raya dijual dengan harga paling rendah RM6.49 sekilogram,” katanya.

Semalam Pemangku Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd. Ali dilaporkan berkata harga ayam tertinggi dikesan dijual di Pasar Besar Rompin, Pahang dan Pasar Manir, Terengganu iaitu RM11 sekilogram.

Beliau memberitahu harga terendah pula direkodkan di Pasar raya Mari-Mari Mersing, Johor iaitu pada kadar RM6.49 sekilogram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI