fbpx

[VIDEO] Warga emas maut tersepit, Perodua Alza langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dan anggota bomba ketika menyelamatkan mangsa yang maut tersepit dalam kejadian di tepi Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Pulau Pinang petang tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dia pandu terbabas lalu melanggar sebatang pokok serta papan tanda digital di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.11 petang itu, mangsa, Ang Kah Hin, 65, disahkan mati akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Suhaiman Abdul Jamal berkata, pihak bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut.

“Setibanya pihak bomba di lokasi didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Perdua Alza.

“Kemalangan mengakibatkan pemandu mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat melanggar pokok dan mangsa tersepit di ruang pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Tindakan diambil dan anggota bomba membuat kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak bomba membuat “size up” dan melakukan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu menggunakan peralatan khas.

”Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan berjaya dikeluarkan pada pukul 4.36 petang tadi.

‘Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya operasi tersebut ditamatkan pada pukul 4.44 petang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI