fbpx

[VIDEO] Banjir: 50 penduduk Klang ‘terperangkap’ tidak boleh masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air naik di laluan memasuki Taman Rashna, Klang. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/ KOSMO!

KLANG- Lebih 50 penduduk Taman Rashna, di sini, tidak dapat memasuki kawasan perumahan mereka susulan banjir kilat, petang tadi.

Hujan lebat selama sejam bermula pukul 3 petang itu menyebabkan laluan di taman itu dan Jalan Batu Tiga Lama tidak dapat dilalui kenderaan ringan selepas air naik menghampiri paras lutut.

Seorang penduduk, Norazlina Johari, 44, melahirkan kebimbangan terhadap anak lelakinya berusia 10 tahun yang tinggal seorang diri di rumah.

Katanya, dia terpaksa mengambil seorang lagi anaknya dari sekolah di salah sebuah sekolah rendah di Shah Alam.

“Cuma nasib baik dia ada pegang telefon bimbit. Saya ada menghubunginya sebentar tadi dan memintanya memaklumkan sekiranya ada apa-apa terjadi.

Kawasan ini kerap banjir kilat kalau hujan lebat. Jadi harapnya, ada tindakan sewajarnya daripada pihak berkaitan bagi mengatasi masalah ini,” katanya yang telah menetap 10 tahun di kawasan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati mereka rata-rata penduduk menunggu di lokasi tersebut sejak pukul 6 petang tadi bagi menanti air surut.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, L. Subramaniam, 55, berkata, dia sempat memaklumkan kepada ahli keluarganya yang lain agar tidak pulang ekoran laluan taman tidak dapat dilalui. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI