fbpx

Siasatan ke atas Ratu Naga dijalankan secara profesional – Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shuhaily.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tiada sebarang penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan berlaku berhubung siasatan kes hantaran fitnah melibatkan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya menyangkal dakwaan pihak tertentu berhubung isu kegagalan menjawab soalan pegawai penyiasat semasa rakaman percakapan diambil.

“Sebaliknya, keenganan memberi kerjasama dilihat dari konteks kegagalan memberi maklumat berhubung capaian kepada data berkomputer sebagaimana peruntukan Seksyen 116B Kanan Tatacara Jenayah dan Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, melalui peruntukan tersebut juga, seseorang pegawai polis yang menjalankan suatu penggeledahan hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer termasuk diberi kata capaian, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu.

“Selain itu, kita juga perlukan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer,” katanya.

Tegas beliau, kertas siasatan dirujuk ke pejabat peguam negara selari dengan peruntukan perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan masuk di peringkat kajian.

Jelas Shulaily, PDRM menegaskan pihaknya menjalankan siasatan secara profesional berlandaskan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.

Terdahulu, media melaporkan, Lawyers For Liberty (LFL) mendakwa, Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain yang mendakwa penyedia kandungan pro Perikatan Nasional (PN), Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih popular sebagai Ratu Naga tidak memberi kerjasama adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, dakwaan Razarudin adalah fitnah dan amat serius memandangkan Syarul Ema hanya menggunakan haknya seperti termaktub dalam undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI