fbpx

K2

Semua barang mesti genap, wajib berenang 33 pusingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri: Beckham, Nikola Tesla, Bill Gates dan Steve Jobs.

Entah suratan atau kebetulan, ramai manusia ternama dan berjaya rupa-rupanya menghidap gangguan obsesif kompulsif (OCD), baik atlet, tokoh inovasi, usahawan apatah lagi selebriti.

OCD merupakan obsesi terlampau terhadap kebersihan dan kerapian, ia mendorong seseorang untuk melakukan tindakan tertentu secara berulang-ulang yang dilakukan untuk mengurangi rasa cemas (kacau-bilau) dalam fikirannya.

Penghidapnya obsesi dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi. Sesetengahnya juga memastikan susunan, aturan atau turutan sesuatu perkara itu mesti tepat dan simetri.

Gangguan ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja daripada semua kumpulan umur. Penghidap OCD biasanya menyedari bahawa pemikiran dan tindakan mereka berlebihan, tetapi mereka tidak boleh melawannya.

Beckham sangat membenci bilik kotor dan tidak rapi, hanya tidur lepas membersihkan kesan asap lilin serta menghidupkan lampu mengikut turutan merupakan antara rutin yang sentiasa dilakukan dalam kehidupannya.

“Saya juga kerap memakai pakaian putih untuk dipadankan dengan perabot, membeli 30 pasang seluar dalam Calvin Klein yang serupa serta berkeras untuk menyusun baju mengikut warna yang sepadan,” katanya dipetik menerusi portal Mirror.UK.

Isterinya, Victoria menyatakan Beckham pernah membeli tiga peti sejuk untuk menyimpan barang makanan yang berbeza.

“Setiap satu peti sejuk itu masing-masing digunakan untuk menyimpan minuman, salad dan makanan lain yang mesti disusun secara simetri. Jika terdapat tiga tin Diet Coke, dia akan membuang satu dan bukannya tiga kerana mesti dalam angka genap,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, tokoh legenda pencipta, jurutera elektrik silam, Nikola Tesla yang sangat prihatin dengan kuman, kebersihan dan mengelakkan penyakit. Tesla obses dengan nombor tiga dan obsesinya menyaksikan dia berenang 33 pusingan di kolam awam setiap hari.

“Beliau juga didakwa akan mengulang semula pengiraan dari awal sekiranya dia terganggu dan lupa kiraannya. Tidak hanya itu Tesla mempunyai keinginan untuk berjalan di blok bandar tiga kali sebelum memasuki bangunan.

Hartawan dan ahli politik, Donald Trump juga dikatakan menghidap OCD. Trump memberitahu dia sangat takutkan kuman sehingga mengelak untuk berjabat tangan dengan orang.

Ahli perniagaan pengasas Apple, Steve Jobs tidak terkecuali. Jobs akan naik berang jika melihat habuk.
Diceritakan semasa Jobs mula membina kilang pada tahun 1984, dia sering menyentuh dengan tangan pada lantai dan barang kelengkapan untuk memastikan tiada sebarang habuk.

Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates juga dikatakan hidap OCD.Menerusi satu artikel media antarabangsa, dia menyusun perabot dan kertasnya dengan cara yang sangat khusus, malah dia sering habiskan masa berjam-jam membersihkan mejanya.

Individu popular lain yang dikatakan OCD ialah Megan Fox, Cameron Diaz, Jessica Alba dan Justin Timberlake.

 

Artikel ini merupakan artikel rencana. Untuk membaca artikel penuh sila layari https://www.kosmo.com.my/2023/11/01/derita-ocd-insan-ternama-dunia/?fbclid=IwAR0pIlNkY-lrRfwGiwIYkR1y0jNr0YmglhYN4AmTpBsW7JuKeQqFC2k6gPk

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI