fbpx

Ribut petir diramal hampir semua tempat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa tempat sehingga 6 petang.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawang memaklumkan ribut petir diramal berlaku satu dua tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Di Semenanjung, cuaca buruk itu diramal berlaku di Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Melaka, Johor dan satu dua tempat di kawasan pedalaman Perak.

“Selain itu, di Sabah pula, kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat diramal berlaku ribut petir di beberapa kawasan.

Tambahnya, manakala di Sarawak, cuaca buruk itu diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI