fbpx

Proton S70 boleh ditempah mulai hari ini dengan harga RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Model terbaharu Proton S70 yang baru dilancarkan di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim, Perak boleh ditempah mulai hari ini di semua cawangan di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM500.

Proton S70 merupakan model sedan baharu yang pertama di tambahkan ke barisan model Proton semenjak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016.

Ini adalah model baharu kedua yang ditawarkan pada tahun 2023 dan sebelum pelancaran rasmi, pratinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Dr. Li Chunrong berkata, model Proton S70 adalah fasa baharu  bagi syarikat kerana ia telah kembali ke segmen sedan keluarga.

Menurut beliau, model baharu ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, pautan, dan enjin turbo berkapasiti 1.5L dengan transmisi kopeling dua.

“Kami mempunyai harapan tinggi terhadap model ini dan akan menjadi popular dalam kalangan peminat Proton sedia ada dan yang baharu.

“Ini  akan membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini dipimpin oleh model seperti Proton Wira, Waja  dan Prevé,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menyusul jejak Proton X70, Proton X50, dan Proton X90 hibrid ringan, Proton S70 akan menjadi model Proton baharu keempat yang dibangunkan bersama dengan Geely. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI