fbpx

Pertuduhan pegawai kanan polis mengaibkan anggota masih diteruskan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shiela

GOMBAK – Pertuduhan mengaibkan kehormatan anggota polis membabitkan pegawai kanan polis wanita masih diteruskan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya terkesan sebuah laporan portal berita yang menyatakan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Inspektor Shiela Sharon (tertuduh) untuk mengenepikan keputusan Majistret.

Katanya, artikel tersebut menyatakan Mahkamah Majistret Selayang, 26 Jun lalu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) tertuduh atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis.

“Laporan berita itu juga menyebut Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan itu atas alasan pertuduhan kesalahan tidak dibacakan kepada tertuduh dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret.

“Ia seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undang. Pelaporan dari berita dalam talian ini dilihat tidak menyeluruh dan sedikit mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, kejadian yang berlaku adalah Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membacakan keputusan rayuan yang difailkan oleh pihak tertuduh.

“Pihak tertuduh telah mempertikaikan keputusan DNAA yang diberikan oleh Majistret terhadap satu pertuduhan yang asal di mana pihak tertuduh mendakwa Majistret sepatutnya membuat keputusan lepas dan bebas (A&D).

“Hasil hujah kedua belah pihak, Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan bahawa pertuduhan asal tersebut tidak pernah dibaca lalu perintah DNAA oleh Majistret tersebut diketepikan.

“Namun begitu, mahkamah tidak pernah memberikan perintah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tersebut,” katanya.

Menurut Noor Ariffin, pertuduhan mengaibkan kehormatan anggota polis tersebut masih diteruskan di bawah satu nombor kes yang lain di mana pertuduhan telah dibacakan kepada tertuduh.

Kata beliau, PDRM mengesahkan bahawa pertuduhan kes terhadap tertuduh masih lagi diteruskan dan ditetapkan untuk perbicaraan pada 5, 6, dan 7 Februari 2024 di Mahkamah Majistret Selayang.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau persepsi yang tidak benar berkaitan kes ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI