fbpx

Permaisuri Agong jadikan kanak-kanak Werewolf anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda menyantuni adik Missclyen yang menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH)

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjadikan kanak-kanak istimewa, Missclyen Roland, 2, yang menghidap sindrom Werewolf sebagai anak angkat baginda.

Berita itu dikongsikan ibu kanak-kanak terbabit, Theresa Anak Gunting berhubung surat rasmi diterima dari Istana Negara mengenai hasrat Raja Permaisuri Agong.

Di dalam surat itu, baginda bertitah akan memberikan perbelanjaan untuk persekolahan Missclyen selain rawatan penyakit kanak-kanak perempuan itu.

“Beta berhasrat untuk mengambil Missclyen Anak Roland sebagai anak angkat. Dalam hubungan ini, beta akan memberikan perbelanjaan melalui tuan sebagai penjaga bagi penggunaan persekolahan Missclyen.

“Selain itu, beta akan menanggung perbelanjaan bagi mengubati penyakit Hipertrichosis atau sindrom Werewolf yang dihidapinya. Beta berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban tuan dan pacal pondok (isteri) dalam menjaga dan membesarkan Missclyen,” titah baginda.

Sementara itu, Theresa menerusi hantaran Facebook memberitahu, dia bagaikan bermimpi apabila menerima surat berkenaan dan menganggap ia rezeki bertuah untuk anaknya.

“Rasa bagai mimpi, bila dengar ayah awak cakap tadi dan dia beri satu surat. Saya pun baca, tak perasan yang surat ini adalah pengambilan anak angkat daripada Tunku Permaisuri.

“Memang cukup bertuah awak anak. Harap semua dipermudahkan. Nanti lama kita tak berkawan, kalau awak dibawa ke sana. Memang tidak berhenti air mata saya mengenangkan kerana terlalu gembira,” katanya hari ini.

Theresa bersama anaknya Missclyen serta surat yang diterima berhubung hasrat Tunku Azizah.

Pada September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berkenan menyantuni Missclyen Roland di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu, Sarawak sewaktu Kembara Kenali Borneo.

Adik Missclyen juga dilahirkan tanpa lubang hidung itu menghidap Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH) yang menyebabkan kawasan wajah dan badannya berbulu lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI