fbpx

Pensyarah IPG Dato’ Razali Ismail maut selepas rebah ketika bermain tenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Dato’ Razali Ismail yang sedang bermain tenis tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia malam tadi.

Sewaktu kejadian pada pukul 6 petang itu, Tengku Norazlan Tengku Sulaiman, 51, sedang bermain tenis bersama rakan-rakannya di kampus IPG berkenaan yang terletak di Batu Rakit di sini1.

Rakan mangsa, Yahaya Osman, 62, berkata, sewaktu kejadian, dia dan Tengku Azlan sedang bermain tenis bersama tiga rakan mereka yang lain.

“Arwah (Tengku Azlan) tiba-tiba kelihatan tercungap-cungap selama beberapa minit selepas hampir setengah jam kami bermain tenis.

“Dia kemudiannya rebah sebelum saya bergegas ke Klinik Kesihatan Wakaf Tengah di sini berhampiran untuk meminta bantuan ambulans,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Yahaya berkata, pegawai perubatan yang tiba di gelanggang tenis berkenaan tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Bekas pensyarah IPG berkenaan berkata, dia difahamkan sebelum kejadian, Tengku Azlan baru pulang daripada berkursus di Kemaman.

“Dia (Tengku Azlan) hanya pulang ke rumah sebentar sebelum ke kampus IPG ini untuk bermain tenis bersama kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI