HULU TERENGGANU – Seorang wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an ditemui mati di dalam longkang di tepi jalan di Batu 23, Kuala Berang berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu di sini hari ini.
Mayat wanita itu dijumpai dalam, keadaan tertiarap di dalam longkang pada kira-kira pukul 3 pagi.
Mangsa dikatakan dilanggar seorang suspek di lokasi kejadian sebelum melarikan diri.
Sebuah kereta Honda Jazz berwarna perak yang mempunyai kesan kemalangan disyaki dinaiki mangsa juga ditemui berhampiran lokasi penemuan mayat tersebut.
Motif kejadian masih belum diketahui dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan dijangka memberi sidang akhbar berhubung kes itu pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE