fbpx

Mara diarah siasat hidangan telur busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telur rebus yang sudah busuk dihidangkan di sebuah dewan makan sekolah berasrama.

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Asyraf Wajdi Dasuki mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk segera menyiasat dan ambil tindakan tegas terhadap kejadian di dewan makan sebuah sekolah asrama penuh kelolaan agensi tersebut yang menghidangkan telur rebus busuk yang tular di media sosial hari ini.

Katanya, tiada kompromi terhadap mana-mana kontraktor dewan selera yang ambil mudah dan enteng dalam isu penyediaan makanan pelajar.

“Walaupun saya berada di luar negara, saya sudah mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk segera siasat, ambil tindakan tegas dan pastikan kes seperti ini tidak berulang.

“Prinsip saya dalam hal ehwal kebajikan pelajar, tiada kompromi terhadap mana-mana kontraktor dewan selera yang ambil mudah dan enteng dalam isu penyediaan makanan pelajar.

“Jangan hanya mengejar untung atas kesusahan orang lain. Keuntungan atas kecurangan pastinya tiada keberkatan,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Tambah Asyarf, jika didapati kecuaian ini benar-benar berlaku, Mara pastinya akan ambil tindakan tegas termasuklah menamatkan kontrak sebagaimana perjanjian dan peraturan yang ditentukan.

“Insya-Allah, saya sudah minta laporan penuh daripada pengurusan Mara paling lewat esok,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan sebuah dewan makan di sebuah sekolah berasrama penuh menghidangkn telur rebus yang sudah busuk kepada pelajar mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, tindakan cuai penyedia makanan itu juga menyebabkan beberapa orang pelajar di sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan.

“Makanan yang dihidangkan ini menyebabkan ramai anak-anak sakit perut cirit-birit.

“Dah nampak tembelang begini masa kupas telur tapi masih hidang dekat anak-anak. Mana hati perut ya? Ini bukan kali pertama,” tulis hantaran itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI