fbpx

LHDN jangka kutip RM185.02 bilion hasil kepada negara tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan merasmikan gimik Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Tahun 2023 di Ibu Pejabat LHDN, Cyberjaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran kutipan cukai RM185.02 bilion sehingga akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sasaran itu diharap dapat dicapai dengan sokongan pelbagai inisiatif dan produk diperkenalkan LHDN.

Beliau berkata, setakat 30 Oktober lalu, LHDN berjaya mengutip RM151.48 bilion dan kejayaan itu hasil komitmen dan usaha gigih warga LHDN.

“Setiap tahun LHDN menyumbang antara 50 hingga 60 peratus kepada keseluruhan kutipan hasil cukai kepada kerajaan dan tahun lalu sahaja, LHDN mengutip RM175 bilion.

“Sudah tentu tambahan RM10 bilion kutipan hasil itu akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk sumbangan tunai,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Hari Inovasi dan Integriti LHDN 2023 di sini, hari ini.

Katanya, beliau bagi pihak Kementerian Kewangan merakamkam berbanyak terima kasih di atas usaha gigih dan dedikasi warga LHDN dalam memastikan hasil cukai negara bertambah.

Ahmad berkata, program dan inisiatif yang diperkenalkan LHDN pastinya menambah ketelusan dalam soal kutipan hasil selain mengurangkan kewujudan ‘ekonomi bayangan’ di negara ini.

“Ekonomi bayangan mesti ditangani agar hasil kepada rakyat dapat ditingkatkan sekali gus menghapuskan ketirisan.

“Saya memuji peranan LHDN kerana berani mencetus idea-idea kreatif dan inovatif bagi memastikan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan sistem penyampaian percukaian kepada rakyat meningkat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI