fbpx

Lelaki jual anak selepas ditipu ceti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajkumar ditemui di sebuah perhentian bas bersama keluarganya. - Ary News

NEW DELHI – Seorang lelaki di India terpaksa menjual anak lelakinya kerana tidak mampu melangsaikan pinjaman yang dibuat untuk membeli sebuah hartanah, lapor laman berita Ary News hari ini.

Rajkumar, yang merupakan seorang pemandu beca dari bandar Aligarh, negeri Uttar Pradesh ditemui di sebuah perhentian bas bersama keluarganya sambil memegang sepanduk.

“Anak lelaki saya untuk dijual, saya ingin menjualnya,” demikian tulisan pada sepanduk tu.

Rajkumar dilaporkan meminta bayaran sebanyak 600,000 rupee (RM34,371) hingga 800,000 rupee (RM45,828) sebagai pertukaran dengan anaknya untuk membayar hutang.

Menurut media tempatan, Rajkumar meminjam wang sebanyak 50,000 rupee (RM2,864) daripada ceti  untuk membeli sebuah hartanah. 

Bagaimanapun, ceti itu kemudian memanipulasinya sehingga menyebabkan dia kehilangan wang dan hartanah itu.

“Ceti sering mengganggu dan mengaibkan saya di hadapan anak-anak. Dia juga menghalau saya dan keluarga keluar dari rumah.

“Saya telah pergi ke balai polis tempatan selama beberapa hari untuk meminta keadilan, tetapi tiada kes didaftarkan,” kata Rajkumar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI