fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis bom kem pelarian, guna alasan Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam mencari mangsa di dalam kawah runtuhan selepas serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza semalam, dengan pegawai Palestin menyatakan seramai 52 orang terkorban ketika kejadian, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Sebelum serangan itu, askar Rejim Zionis dilaporkan menguasai kubu tentera Hamas di wilayah tersebut dan didakwa membunuh ketua batalion Hamas di Jabalia, Ebrahim Bairi serta salah seorang ketua bagi operasi yang dijalankan pada 7 Oktober lalu.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Richard Hecht berkata, serangan itu menyasarkan seorang komander Hamas yang didakwa bersembunyi dalam kalangan orang awam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, sekurang-kurangnya 20 buah rumah musnah dalam serangan tersebut, manakala gambar yang disiarkan secara online memaparkan kawah besar terhasil akibat letupan. Beberapa bangunan turut musnah di kem itu.

Seorang saksi kejadian menggambarkan bagaimana dia berlari ke kawasan tersebut untuk membantu mangsa. Mohammad Aswad berkata, keluarganya selamat tetapi kejadian yang dialami mengerikan ketika dia berusaha mencari mangsa yang terselamat.

“Kanak-kanak membantu kanak-kanak lain yang cedera untuk melarikan diri, manakala habuk kelabu memenuhi ruang udara. Mayat tergantung di sebalik runtuhan, kebanyakannya tidak dikenali. Ada yang berdarah dan ada yang melecur,” kata Aswad. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI