fbpx

Konflik Palestin-Israel: Warga asing, penduduk cedera dibawa ke Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wartawan bersiap sedia di tepi jalan ketika ambulans melintasi pintu masuk ke Lintasan Rafah di sempadan Mesir hari ini. - AFP

BANDAR GAZA – Ambulans pertama membawa penduduk Gaza yang cedera memasuki Mesir melalui Lintasan Rafah hari ini, kata seorang pegawai yang enggan namanya didedahkan.

Rakaman secara langsung memaparkan ambulans memasuki bahagian Mesir di terminal Rafah.

Menurut pegawai, kira-kira 90 daripada rakyat Palestin yang paling teruk sakit dan cedera parah akan dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital Mesir.

Dalam perkembangan berlainan, beratus-ratus penduduk Gaza yang cedera dan warga asing menyerbu ke sempadan Mesir pada hari ini.

Mereka adalah antara yang pertama dibenarkan keluar dari wilayah Palestin itu, lebih tiga minggu perang tercetus dengan Israel.

Imej AFP menunjukkan keluarga membawa barangan mereka selain beberapa orang yang cedera duduk di kerusi roda.

Ambulans turut dilihat memasuki pintu yang dikawal ketat di persimpangan sempadan Rafah. Ia  merupakan satu-satunya bahagian yang tidak dikawal oleh Israel.

Mesir sebelum itu mengumumkan bahawa individu yang cedera parah, warga asing dan dua rakyatnya dibenarkan keluar dari Gaza. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI