fbpx

Konflik Palestin-Israel: Penduduk gali runtuhan guna tangan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mencari mangsa yang terselamat di dalam runtuhan kem pelarian Jabalia semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Penduduk Palestin terpaksa menggali keluar mayat yang tertimbus dalam runtuhan menggunakan tangan kosong selepas serangan udara askar Israel meranapkan kem pelarian Jabalia semalam. 

Saluran berita NBC News melaporkan, lebih 12 bangunan runtuh, 50 orang awam terkorban dan ratusan pelarian cedera akibat pengeboman itu, demikian menurut pegawai kesihatan tempatan.

Tentera Israel mendakwa bahawa serangan itu telah membunuh seorang komander kanan Hamas, Ibrahim Biari. Namun, Hamas menegaskan tiada komandernya yang berada di lokasi itu semasa serangan.

Rakaman kejadian memaparkan beratus-ratus penduduk yang selamat memanjat keluar dari kawasan yang menjadi ‘kawah gergasi’ akibat pengeboman dan berusaha mencari mangsa yang tertimbus.

“Tiga anak saya sudah tiada, tiada siapa yang hidup,” kata seorang lelaki bernama Jabar kepada rakan-rakan yang memintanya agar bersabar.

Pengarah hospital Indonesia, Dr. Atef Al-Kahlot yang terletak di lokasi berhampiran berkata, dia bersama rakannya bergegas ke hospital selepas mendengar bunyi bom dan ambulans.

“Kami melihat penduduk membawa mangsa yang cedera dan syahid ke hospital. Masalahnya, tiada ruang kosong di hospital. Orang ramai yang cedera terbaring di atas lantai.

“Mereka (Israel) membakar penduduk yang berada di rumah. Mereka memusnahkan seluruh kem. Kanak-kanak terbaring di atas lantai. Mereka sudah mati,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI