ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menyifatkan tindakan kerajaan mengapungkan harga ayam bermula hari ini sebagai terlalu drastik dan tidak bersesuaian dengan waktunya. Kata Pengerusinya, Mohamad Yusrizal Yusoff, tindakan itu dikhuatiri mengakibatkan kenaikan harga barang mentah itu di pasaran ekoran permintaan yang dijangka tinggi menjelang musim perayaan seperti Hari Deepavali dan cuti sekolah hujung tahun ini. “Langkah kerajaan terlalu drastik dan dilihat tidak bersedia untuk pastikan kestabilan harga ayam. Kerisauan pengguna apabila harga ayam diapungkan, harga barang akan naik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya