fbpx

Kanak-kanak Palestin cedera sampai jantung terkeluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang kanak-kanak perempuan cedera parah sehingga jantungnya terkeluar akibat serangan tentera Israel.

PETALING JAYA – Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza semakin mengganas menyerang kanak-kanak yang tidak bersalah sehingga cedera teruk sampai jantung terkeluar.

Menerusi hantaran video perkongsian @wayoflife_deen di aplikasi Instagram, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan cedera apabila jantungnya terkeluar dari badan mendapat rawatan sewajarnya.

Dapat dilihat hampir seluruh wajahnya terbakar dan bahagian jantungnya terkeluar daripada tubuh badannya.

Sebaik saja kanak-kanak perempuan itu dibaringkan di atas katil, dia diberikan bantuan sepenuhnya oleh para doktor di sana.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu masih lagi bernyawa.

“Israel semakin biadab. Tidak pandang ‘bulu’. Wanita, bayi atau anak-anak semua mereka bunuh!” kata kapsyen penghantar di dalam video.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata orang ramai melontarkan kemarahan mereka dan dalam pada masa yang sama bersimpati ke atas kejadian itu.

“Mereka (Israel) menyerang kanak-kanak sebab kanak-kanak inilah yang akan mewarisi menentang Israel. Bunuh wanita pula sebab wanitalah yang melahirkan generasi yang akan menentang mereka (Israel),” komen rayhayu_rdzk.

“Dia panggil ba ba ba. Allahu akbar. Luluhnya hati tengok. Hancurnya tengok anak-anak kecil, mangsa yang tidak berdosa,” komen nia_albeena.

Seorang lagi pengguna laman sosial mempersoalkan sifat kemanusiaan yang dimiliki tentera Israel.

“Mereka bukan manusia ke? Takde rasa apa apa ke tengok budak kena macam ni?” soal seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI