fbpx

Jangan fitnah! Shuib mengurat saya lepas jadi duda – Watie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watie menafikan dakwaan sebilangan pihak dirinya berkenalan dengan suami Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah masih hidup lagi.

PETALING JAYA – Hampir lima bulan bergelar isteri kepada pelawak Shuib, akhirnya Watie Hanifiah mendedahkan perkenalan mereka bermula dua bulan selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu pada Disember 2021.

Katanya, pendedahan tersebut diharap menangkis fitnah yang bertebaran sebelum ini yang mendakwa mereka menjalin hubungan ketika Allahyarham masih hidup.

“Aiyok, tanggunglah dosa siapa yang fitnah tu. Kami tak pernah kenal pun.

“Dia mengurat selepas dia bergelar duda,” katanya menjawab soalan pengikut di Instagram Story.

Watie turut berkongsi tangkap layar mesej langsung dalam laman sosial daripada Shuib yang meminta nombor telefonnya.

Malah dari perkongsian menunjukkan pemilik nama sebenar Fati Nimmatul Adawiyah Hanifiah itu sukar didekati.

Pada sesi tersebut, ahli perniagaan itu urut menyatakan Shuib memperkenalkan anak-anak kepadanya dengan cara istimewa.

Shuib meminta Watie membawa bersama haiwan peliharaan yang comel sebagai hadiah buat empat permata hatinya.

“Dia buat kejutan, minta saya belikan hamster dan kura-kura untuk anak.

“Selepas itu hantarkan bawah rumah. Masa ini pertama kali saya tahu alamat rumah dia.

“Sekali bila dah sampai dia kata awak kena bagi sendiri pada anak-anak,” kongsinya mengenang momen tersebut.

Tambah wanita berusia 35 tahun itu lagi, kehidupan berkeluarga membuatkan dirinya kini semakin tenang.

Pada masa sama, Watie turut mengakui didikannya juga sama seperti ibu lain yang tegas, selain ada kalanya perlu garang dengan anak-anak.

“Tipulah kalau tak garang. Mak mana yang tak garang, tapi garang bertempat.

“Sebab anak mana yang tak nakal, kita garang untuk memperbetulkan. Macam daddy dia pun kadang-kadang garang dengan mummy.

“Lagipun kita dah memang rasa macam anak sendiri, semua benda jadi semula jadi macam mak lain,” katanya.

Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, pada 23 Jun lalu.

Sebelum itu, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI