fbpx

Hujan diramal di Terengganu, Kelantan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pagi ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya, hujan berlaku di Terengganu dan satu dua tempat di kawasan pendalaman Kelantan.

“Di Sabah, hujan dijangka berlaku di kawasan Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi kawasan Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak pula, ia turut diramalkan dengan cuaca buruk itu.

“Manakala di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit dan Limbang pula diramalkan cuaca cerah,” katanya.

Tambah MetMalaysia, negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut diramalkan cuaca cerah pada pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI