fbpx

Enam tahun tunggu litar lumba Kedah tidak siap-siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampah sarap memenuhi laluan masuk ke lokasi litar lumba di Ambangan Heights, Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Peminat sukan permotoran kecewa apabila projek litar lumba di Ambangan Heights, Bandar Aman Jaya, di sini yang dibina pada 2017 didakwa terbengkalai.

Tinjauan mendapati, tapak litar seluas 40 hektar itu kini ditumbuhi semak samun de­ngan laluan masuk dijadikan tempat pembuangan sampah haram.

Peminat sukan permotoran, Jasni Khalid, 32, berkata, sepatutnya projek yang dilengkapi trek sepanjang 1.8 kilometer itu disiapkan segera bagi me­rancakkan sukan permotoran di daerah Kuala Muda.

“Kerajaan negeri telah beberapa kali berjanji untuk menyiapkan pembinaannya selepas hanya kerja-kerja tanah dilakukan.

“Kegagalan kerajaan negeri menyiapkan projek itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan tentang apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Mohamad Syahir Roslan, 19, berkata, usaha kerajaan negeri membina litar bagi memben­dung kegiatan lumba haram terutama dalam kalangan remaja patut diberikan pujian.

“Bagaimanapun, jika projek ini terbengkalai, bagaimana isu mat rempit mahu diatasi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI