fbpx

[VIDEO] Budak 3 dan 5 tahun lemas dalam kolam ternakan udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ali menunjukkan gambar anaknya, Muhammad Aidil yang mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam udang berdekatan rumahnya di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, Sungai Petani petang tadi.

SUNGAI PETANI – Dua kanak-kanak ditemukan lemas ketika sedang bermain di sebuah kolam ternakan udang berdekatan rumah mereka di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, serta sepupunya Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid, 3, didapati tiada di rumah keluarga masing-masing sebelum keluarga mereka keluar untuk mencari mereka di sekitar kawasan kolam udang tersebut.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa ditemukan mati lemas selepas kedua-dua bapa mereka cuba menarik pukat di dalam kolam udang itu ketika usaha mencari mereka dilakukan.

Muhammad Aidil dan sepupunya Muhammad Syafiq ditemukan lemas dalam sebuah kolam ternakan udang berdekatan rumah mereka di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, petang tadi.

Bapa kepada Muhammad Aidil, Mohd. Ali Abdul Rahman, 48, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di kolam udang tersebut sebelum isterinya memaklumkan mengenai kehilangan anaknya serta anak saudara mereka.

Katanya, dia merupakan pekerja di kolam udang tersebut dan anak keenam dari tujuh beradik itu memang sering mengikutnya ketika dia bekerja di kolam udang tersebut.

Mohd. Ali berkata, dia mula berasa tidak sedap hati selepas mendapati kedua-dua mereka tidak kelihatan di kawasan sekitar.

“Saya kata Ya ALLAH! sahih anak aku duk dalam kolam ni dah, tawakal… saya cuba tarik pukat dan terasa berat lantas meminta bantuan jiran untuk menarik pukat tersebut.

“Bila tarik pukat kali pertama, terus dapat sepupunya (Muhammad Syafiq Amsyar), tarik kedua tak dapat, tarik ketiga baru dapat anak saya,” ujarnya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda dan mereka disahkan telah meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI