TIDAK cukup dengan segulung ijazah sarjana yang diraih pada 2018, penyanyi Ashanty nekad kembali menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah.
Usahanya meraih sokongan padu si suami, Anang Hermansyah, 58, yang menganggap wanita hebat itu sedia memenuhi cita-citanya demi anak-anak mereka.
Ashanty yang sudah memulakan kuliah secara dalam talian di Universiti Airlangga, Surabaya turut berkongsi perkembangannya dalam Instagram.
Ibu kepada dua anak itu mengakui antara matlamat lain menyambung pengajian disebabkan dua permata hatinya, Arsy Hermansyah dan Arsya Hermansyah.
Dia mahu menjadi contoh kepada anak-anak, sekali gus ibu berkerjaya yang tidak pernah berhenti mengejar pendidikan tertinggi.
Perkara itu diakui Anang yang memaklumkan Ashanty, 38, sememangnya bersemangat menjadi suri teladan kepada keluarga mereka.
Latar belakang pendidikan peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Ilmu Hubungan Internasional di Universiti Paramadina pada 2005.
Setelah itu, Ashanty menyelesaikan pula pengajian Sarjana di Universiti Bina Nusantara dalam bidang pengurusan pada 2018.