fbpx

Bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah 7 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan disalurkan secara berperingkat mulai 7 November ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

“Lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan menerusi Rayuan STR 2023 turut menerima bantuan tunai melalui bayaran Fasa 4.

“Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing dan pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan telah membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima yang memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia bagi membantu mereka menangani cabaran kos sara hidup.

Bagaimanapun, katanya, sebagai penambahbaikan pada STR 2024, kerajaan bakal mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.

“Mulai 1 November, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan,” ujarnya.

Jelasnya, data terbabit akan disemak semula dengan data daripada beberapa agensi kerajaan bagi memastikan kelayakan untuk STR 2024 mengikut syarat yang ditetapkan.

“Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI