fbpx

Banyak pokok tumbang susulan angin ribut di Petaling Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kejadian pokok tumbang menghempap lima buah kereta di Jalan PJU 5/15, Kota Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sekitar daerah ini terjejas dengan kejadian pokok tumbang berikutan hujan dan ribut petir, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu bermula pukul 3.25 petang tadi.

Katanya, beberapa anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7 dan BBP Damansara digerakkan ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan diperlukan.

“Terdapat sebatang pokok yang telah menghempap lima buah kereta jenis Perodua Axia, Proton Saga, Nissan Almera, Honda City dan Honda City Hatchback di Jalan PJU 5/15, Kota Damansara, di sini, hari ini.

“Kesemua kenderaan itu sedang diparkir ketika kejadian dan tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mukhlis, terdapat juga kejadian pokok tumbang di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini, namun tidak membabitkan sebarang mangsa.

“Kejadian melibatkan tujuh batang pokok telah tumbang dan menghalang jalan.

“Kerja-kerja mengalihkan pokok sedang dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI