fbpx

Bangkai gajah reput, berlubang di Tasik Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai gajah yang ditemui di Sungai Mandak, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Pengunjung Tasik Kenyir dekat sini dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor gajah di Sungai Mandak di kawasan pelancongan terbabit dekat sini baru-baru ini.

Bangkai haiwan liar ditemui dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Kulit gajah tersebut didapati sudah berlubang-lubang dipercayai dimakan beberapa haiwan lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong yang dihubungi berkata, siasatan awal percaya haiwan mamalia tersebut sejak mati lebih seminggu lalu.

“Pemeriksaan awal mendapati kematian gajah itu bukan unsur khianat kerana tiada kesan tembakan mahupun jerat pada badan haiwan tersebut.

“Setakat ini, kita percaya ia disebabkan kematian semulajadi. Saya harap orang awam memaklumkan penemuan segera sebarang kematian kepada Perhilitan untuk tindakan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI