BANGKOK – Seorang wanita tular di media sosial China kerana berkahwin dengan anggota bomba yang menyelamatkan nyawanya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Baru-baru ini, wanita itu dilaporkan berdiri di tingkat atas sebuah bangunan di bandar Fuzhou untuk mengakhiri hidupnya.
Semasa dia teragak-agak untuk terjun, anggota perkhidmatan kecemasan tiba dan berusaha menyelamatkan nyawanya.
Wanita itu semakin panik apabila anggota-anggota bomba menghampirinya. Dia kemudian tergelincir namun berjaya berpaut pada sisi bangunan.
Seorang anggota bomba bergegas menyelamatkannya. Beberapa petugas menggenggam tangannya dan ada yang memegang kakinya dengan kuat.
Tiga bulan selepas itu, wanita berkenaan mengaku secara tidak sengaja jatuh cinta dengan anggota penyelamat yang membantunya.
Dalam sebuah video perkahwinan, dia dilihat menggenggam erat tangan anggota penyelamat itu.
Video itu mendapat perhatian netizen di media sosial.
“Saya gembira mendengar kisah cinta yang begitu comel. Wanita ini pasti menjadi lebih baik selepas bertemu dengan suaminya sekarang. Saya doakan mereka berbahagia selamanya,” kata seorang netizen. – Agensi