PETALING JAYA – Seorang wanita berusia mencecah 40-an meraih perhatian ramai kerana rupa dan penampilannya umpama gadis belasan tahun.
Perkongsian video oleh Amoyyy di TikTok, memaparkan dia bersama anak lelakinya yang berusi 15 tahun, namun netizen mengatakan dia kelihatan terlalu muda untuk digelar ibu.
Menerusi pertanyaan di ruangan komen, Amoyyy memaklumkan bahawa dia kini berusia 38 tahun dan berkahwin ketika berumur 21 tahun.
“Sekarang anak tu dah 15 tahun, saya 38 tahun. Umur 21 (saya) kahwin,” jelasnya.
Pengakuannya itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata ‘cemburu’ dengannya yang dikatakan awet muda.
“Seriuslah. Maknya awet muda betul,” kata Sahilamustaffa.
“Ya ke? Macam kakak dan adik. Nampak muda maknya,” komen Noorazani.
“Comel maknya macam tingkatan tiga,” ujar Asmawatia1. – KOSMO! ONLINE