fbpx

United E-Motor lancar motosikal elektrik pertama di pasaran tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kedutaan Indonesia di Malaysia, Datuk Indera Hermono mencuba motosikal United E-Motor TX3000 selepas melancarkan motosikal elektrik Artroniq X United E-motor di Pavilion Bukit Jalil semalam

KUALA LUMPUR – Jenama motosikal elektrik, United E-Motor membuat penampilan sulungnya di pasaran tempatan menerusi pelancaran model TX3000 dan TX1800, motosikal elektrik terkini yang memperlihatkan kesedaran tentang alam sekitar, gaya serta prestasi.

United E-Motor merupakan jenama di bawah naungan salah satu pengeluar basikal terbesar di Indonesia, iaitu PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI).

Kemasukan jenama itu di sini adalah dengan sokongan syarikat teknologi maklumat dan komunikasi yang disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, Artroniq Bhd., selaku pengedar eksklusif di negara ini.

TX3000 didatangkan dengan dua slot bateri lithium berkapasiti 60 volt, mampu memecut sehingga kelajuan 90 kilometer sejam (km/j) dan memiliki jarak perjalanan 120 km dengan setiap pengecasan penuh.

Sementara TX1800 memiliki satu slot bateri lithium berkapasiti 60 volt, kelajuan maksimum 75 km/j dan jarak perjalanan 65 km.

Kedua-duanya hadir dengan waranti setahun untuk pengecas elektrik, waranti tiga tahun untuk bateri dan servis percuma selama setahun.

Ketua Pegawai Kewangan Artroniq Bhd., Marcus Chin berkata, kedua-dua model berkenaan akan dipasang secara tempatan di kilang pemasangan di Batu Kawan, Pulau Pinang dengan 30 peratus komponen tempatan, manakala selebihnya dari negara jiran, Indonesia.

Menurutnya, harga jualan hanya akan diumumkan pada 24 Disember depan.

“Kami akan melaksanakan sesi pandu uji secara besar-besaran sehingga 24 Disember ini, yang mana peserta pandu uji berpeluang memenangi motosikal TX3000.

“Kami menjangkakan mampu menjual sebanyak 2,000 unit motosikal menjelang akhir tahun 2024, yang mana motosikal ini disasarkan kepada terutamanya untuk penuntut institusi pengajian tinggi,” katanya pada majlis pelancaran hari ini.

Beliau menjelaskan, kedua-dua syarikat akan turut bekerjasama untuk melancarkan motosikal elektrik ke negara-negara ASEAN lain, bermula dengan Thailand dalam tempoh masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI