fbpx

Shuhada buat permohonan masukkan ibu dalam hak jagaan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Shuhada ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Konflik hak penjagaan (hadanah) dua anak antara pelakon popular, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada terus berlarutan apabila gagal mendapat kata sepakat, hari ini.

Ini selepas pihak Hafidz mahu meneliti terlebih dahulu permohonan baru Nurul Shuhada yang memasukkan ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai responden kedua bagi tuntutan tersebut.

Kata Nurul Shuhada, permohonan itu disifatkan wajar memandangkan ibunya turut menjaga dua anaknya iaitu Humairah,6 dan Umar, 2 ketika dia bekerja.

“Saya hendak masukkan mama (ibu) dalam permohonan itu kerana kami yang jaga anak kalau mereka (Humairah dan Umar) masuk hospital.

“Kalau pergi kerja, saya tinggalkan anak pada ibu. Jadi, memang munasabah. Harap Hafidz dapat mempertimbangkan permohonan saya,” katanya.

Terdahulu, Nurul Shuhada dan Hafidz hadir bagi proses pengurusan kes tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, Peguam Syarie Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff mewakili Hafidz Roshdi memberitahu, sebutan baharu kes itu ditetapkan pada 23 Januari depan.

Ujarnya, penelitian perlu dilakukan sebelum afidavit diberikan mengenai permohonan baharu Nurul Shuhada.

“(Berhubung tuntutan Hadanah kekal) kita bersedia untuk join custody (penjagaan anak secara bersama) kerana kita tidak menolak hak Nurul Shuhada sebagai ibu untuk menjaga anaknya.

“Begitu juga Hafidz Roshdi sebagai bapa ada hak untuk berjumpa anak-anaknya,” jelssnya.

Beliau turut menegaskan akan meneruskan memfailkan permohonan interim Hadanah terhadap dua anak itu.

“Ini kerana Hafidz Roshdi nak jaga anak-anak (sekejap) memandangkan dia datang jauh (dari Lembah Klang) untuk jumpa mereka di Perlis,” katanya.

Untuk rekod, Hafidz atau dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai lalu. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI