fbpx

Salman Khan tuang arak ke tubuh kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMAN dan Somy bercinta selama lapan tahun dan putus pada tahun 1999.

HUBUNGAN aktor Salman Khan dengan kekasihnya, Somy Ali telah lama berlalu apabila mereka mengambil keputusan berpisah pada 1999 selepas lapan tahun bercinta.

Namun aktres merangkap model dan produser itu berterusan membuat pendedahan yang mencalarkan nama pelakon sasa tersebut.

Sebelum ini dia mendedahkan tentang bapa Salman, Salim Khan yang didakwa mendera isteri sendiri, Sushila Charak, selama bertahun-tahun.

Malah Salman yang dikatakan mengetahui episod penderaan mental dan fizikal terhadap ibunya hanya mendiamkan diri.

Kemudian Somy turut mempersoalkan mengapa lelaki sepertinya menjadikan ayah yang juga pendera wanita sebagai idola.

Terbaharu, Somy membongkar tabiat buruk bekas kekasihnya yang mempunyai niat mahu memenuhi fantasi seks dengan mencurahkan sejenis arak ke seluruh badannya.

Begitupun, Salman Khan memilih untuk tidak membalas sebarang dakwaan, sebaliknya fokus kepada tayangan filem lakonannya, Tiger 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI