fbpx

Ribut petir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda hampir semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor.

“Ia turut mlibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan kawasan pedalaman di Perak.

“Bagi Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi .

Tambah MetMalaysia, hujan lebat turut diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI