fbpx

Ribuan ‘Spiderman’ berkumpul di Buenos Aires cuba atasi rekod Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beratus-ratus orang memakai kostum Spiderman berkumpul di Dataran Obelisk, Buenos Aires kelmarin. - AFP

BUENOS AIRES – Dianggarkan seramai 2,000 orang yang memakai kostum adiwira Spiderman berkumpul di ibu kota Argentina, Buenos Aires  dalam usaha untuk memecahkan Guinness World Records.

Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, acara itu dianjurkan oleh seorang pesohor media sosial bernama Uki Deane.

Menurut Deane, bilangan peserta yang memenuhi pekarangan tugu Obelisk di Buenos Aires itu dianggarkan mencecah 3,000 orang,  namun tidak dapat disahkan.

Acara itu bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dalam kategori perhimpunan terbesar manusia memakai kostum Spiderman, mengatasi rekod seramai 685 orang di Malaysia pada Jun tahun ini.

Ketika acara itu berlangsung, peserta mengisi trak dengan makanan tidak mudah rosak untuk didermakan kepada orang ramai, jelas Deane.

Bukti daripada percubaan rekod itu masih disemak oleh Guinness World Records. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI