fbpx

Pengurus Lyon terlibat dalam serangan berdarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GROSO menekup kepalanya yang berdarah sambil dipapah selepas bas mereka diserang penyokong Marseille dalam perjalanan ke Stade Velodrome semalam.

MARSEILLE – Ketua jurulatih Lyon, Fabio Grosso mengalami pendarahan kepala selepas bas mereka diserang kumpulan penyokong Marseille dalam perjalanan ke Stade Velodrome menentang lawan itu kelmarin.

Kepala pengendali berusia 45 tahun itu terkena serpihan kaca disebabkan tindakan tidak bermoral penyokong tegar pasukan lawan yang membaling batu untuk memecahkan tingkap bas Lyon.

Difahamkan, Grosso terpaksa menerima jahitan akibat luka di bahagian atas mata kirinya ekoran insiden tersebut, sekali gus menyebabkan aksi Ligue 1 antara Lyon dan Marseille ditunda ke tarikh baharu.

“Jurulatih (Grosso) mengalami pendarahan kepala yang teruk kerana ada kepingan kaca yang melekat di kepalanya. Kami menyokong sepenuhnya keputusan pengadil menunda perlawanan ini,” kata Pemilik Lyon, John Textor.

Presiden Marseille, Pablo Longoria pula mengecam sekeras-kerasnya tindakan memalukan daripada kumpulan penyokong itu, sekali gus mencalar imej dan reputasi kelab berkenaan.

“Saya amat menghormati Grosso kerana sudah lama kami mengenali antara satu sama lain. Saya terus berjumpa dengannya sebaik dia tiba di stadium untuk mengetahui sendiri bagaimana keadaannya,” jelas Longoria.

Sebagai rekod, Lyon ketika ini menghuni tangga tercorot Ligue 1 dengan hanya tiga mata dan masih gagal meraih sebarang kemenangan daripada sembilan perlawanan.

Marseille pula yang sememangnya dikenali sebagai musuh utama Lyon, berada di tangga kesembilan dengan 12 mata hasil tiga kemenangan dan tiga seri setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI