fbpx

Pelanggan sekelip mata hilang selepas makan ‘lobster’, stik RM2,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak pengurusan restoran tampil meminta bantuan orang ramai mengesan kumpulan tersebut menerusi platform media sosial. – Facebook

LONDON – Sekumpulan pelanggan sebuah restoran di Britain lari tanpa membayar harga makanan berjumlah £490 (RM2,835) selepas menghabiskan hidangan udang galah dan stik ketika waktu makan tengah hari, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengunjung tersebut dilaporkan makan hidangan sotong, tiram dan stik di Restoran Stubbs di Kent.

Berdasarkan resit yang dikongsi pemilik premis, mereka turut makan tiga udang galah, ketam dan koktel udang serta hati ayam dengan jumlah bil sebanyak  £489.90 (RM2,835).

Kesal dengan kejadian itu, pihak pengurusan restoran tampil meminta bantuan orang ramai mengesan kumpulan tersebut menerusi platform media sosial dan mendesak mereka segera tampil membayar bil.

“Sila datang semula dan jelaskan bayaran anda! Kami ialah sebuah restoran persendirian dan akan rugi jika anda lakukan  begini.

“Anda menghabiskan makanan dan kami memberikan perkhidmatan terbaik. Namun, anda kemudian memecut kereta dengan laju tanpa membayar walau sesen pun,” kata Restoran Stubbs menerusi kenyataan di laman Facebook.

Hantaran itu menjadi perhatian ramai dengan pengguna media sosial turut meluahkan rasa marah terhadap kumpulan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI