fbpx

Nasib baik ada Drogba tenangkan keadaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ menerima Trofi Yachine untuk penjaga gol terbaik daripada Drogba pada majlis Ballon d'Or 2023 Theatre du Chatelet, Paris awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez diumumkan sebagai pemenang Trofi Yashin pada majlis Ballon d’Or 2023 selepas kejayaan merangkul Piala Dunia Qatar 2022 bersama Argentina pada Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, penjaga gol tersebut diejek oleh peminat Perancis di dalam Theatre du Chatelet ketika berjalan naik ke atas pentas.

Legenda Chelsea, Didier Drogba yang mengacarakan majlis anugerah tersebut tampil menghalang keadaan daripada bertambah buruk.

“Tolong, tolong hormati,” kata Drogba dalam bahasa Perancis ketika skrin menunjukkan video epik Martinez menyelamatkan gawang daripada dibolosi oleh skuad Les Bleus pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022.

Martinez adalah bintang pada perlawanan akhir tersebut selepas menyelamatkan serangan minit akhir daripada penyerang Perancis, Randal Kolo Muani ketika satu lawan satu untuk menyumbat gol.

Martinez juga menyelamatkan dua penalti dalam penentuan sepakan penalti, sekali gus membantu pasukannya merangkul kejuaraan Piala Dunia kali ketiga yang bersejarah.

Ketika sekali lagi ulang tayang video tersebut dimainkan semula pada skrin besar di belakang pentas, para peminat mula mencemuh dan mengejek dengan Drogba tampil lagi lalu berkata, ‘tolong hormati’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI