fbpx

Masalah kanser semakin ‘merebak’ tenaga pakar tak cukup untuk merawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang doktor pakar, Dr. Mohd Razin Jaafar mengumpamakan penyakit kanser kini seperti ‘flu’ (selesema) susulan semakin ramai yang menghidap masalah ini sehingga kehabisan tenaga pakar untuk merawat.

Menerusi hantaran di Facebook ya baru-baru ini, beliau turut mempersoalkan, apakah tekanan menjadi punca peningkatan bilangan pesakit kanser di negara ini.

“Sakit kanser akhir-akhir ini dah macam ‘flu’ (selsema) pula jadinya. Rakan pakar bedah kami pun dah tak cukup tangan buat pembedahan.

“Apa yang berlaku beberapa tahun ini? Tekanan?,” soalnya.

Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Betul, hampir setiap minggu akan dengar seseorang yang kita kenal hidap kanser,” komen Shaiful Ibrahim.

“Arwah mak mertua saya meninggal 21 Disember 2021, manakala arwah pak mertua saya pula 13 April 2022 sebab kanser. Selang hampir tiga bulan tiga minggu,” kata Sharifah Noor Ikrima.

“Stress ya juga, gaya hidup ya juga,” kongsi Siti Rahmah Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI