fbpx

Lionel Messi menang anugerah Ballon d’Or kelapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d'Or dengan menewaskan Haaland dan Mbappe pada majlis di Paris awal pagi tadi. - AFP

PARIS – Penyerang sensasi Argentina dan Inter Miami, Lionel Messi diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or buat kali kelapan awal pagi ini.

Bintang berusia 36 tahun itu diiktiraf pada majlis tersebut di Paris selepas membantu negaranya memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

Sementara itu, bintang tengah antarabangsa England dan Real Madrid, Jude Bellingham pula memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik dunia berusia bawah 21 tahun.

Messi berjaya melebarkan rekod kemenangan anugerah Ballon d’Or tersebut dengan mengatasi penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland.

Penyerang antarabangsa Perancis, Kylian Mbappe yang menjadi pemain kedua menjaringkan hatrik pada final Piala Dunia Qatar 2022 ketika tewas 4-2 menerusi penentuan penalti kepada Argentina, terpaksa akur menduduki tempat ketiga.

“Berasa seronok berada di sini sekali lagi untuk menikmati detik ini. Untuk dapat memenangi Piala Dunia dan mencapai impian saya amat menakjubkan,” kata Messi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI