Katanya, sudah tiba masa berhenti menegur secara baik rakan seperjuangan dalam industri seni itu selepas pelakon terbabit terus berdegil dengan pendiriannya.
“Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak! Tetap dia nak ‘post’ juga.
“Lantak kaulah bang (Azhar). Pendapat kau kan. Kau layanlah apa dalam kepala kau. Aku doakan kau ‘enjoy’ dengan perhatian yang kau cari ni ya bang,” kongsinya dalam Instagram Story.
Dalam hantaran sama, pelakon Polis Evo 3 itu turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya terus memboikot produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.
“Yang mana dah beli, simpan dan makan bagi habis, jangan beli lagi selepas ini.
“Jangan bazir pula. Kali ini hidup keras sikit,” katanya.
Sebelum ini Azhar pernah memuat naik hantaran yang mempertikaikan strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin dalam usaha menentang Israel.
Bagaimanapun, perkongsiannya meraih kecaman ramai termasuk Sharnaaz yang meluahkan rasa terkilan apabila aktor senior dihormati itu melontar pendapat seperti ‘budak-budak TikTok’.
Menurut pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir, 38, itu, pandangan dilontarkan Azhar menerusi laman sosialnya menuniukkan seolah-olah dirinya tidak cerdik.
Akuinya lagi, perkara diluahkan Azhar mengenai perjuangan Hamas serta rakyat Palestin secara amnya membuatkan dia sudah mula hilang rasa hormat terhadap pelakon senior tersebut.
Tidak berdiam diri, Azhar kemudian memuat naik satu lagi hantaran video dalam Instagram bagi menyatakan pendiriannya yang sebenar.
Dalam perkongsian berkenaan bintang Abang 92 itu menegaskan dirinya memberi sokongan padu terhadap Palestin, namun masih mempersoalkan tindakan Hamas yang menyerang Israel terlebih dulu.
– KOSMO! ONLINE