fbpx

Konsert saat Palestin berperang? Ini jawapan Awie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWIE

KUALA LUMPUR- “Kalau tidak menyanyi, nak bagi anak isteri makan apa? Hidup perlu diteruskan.”

Demikian penegasan rockers legenda, Datuk Awie yang tetap meneruskan konsert tatkala rakyat Palestin berdepan serangan Zionis.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, selaku ketua keluarga, dia perlu menyediakan keperluan buat insan tersayang.

“Ada yang pertikai, rakyat Gaza, Palestin sedang berperang tetapi kita di sini menyanyi.

“Kalau tidak menyanyi, macam mana mahu cari rezeki? Makan, anak ke sekolah? Begitu juga dengan kru serta pasukan sokongan lain, mereka juga ada mulut untuk disuap.

“Sesuatu persembahan bukan membabitkan penyanyi saja, bahkan banyak pihak. Kita teruskan kehidupan, namun hati dan jiwa kita sentiasa ada untuk mereka di sana. Kita doa untuk mereka,” katanya ketika sidang media Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter, di sini, hari ini.

Pada masa sama, vokalis kumpulan Wings itu mengumumkan penganjuran acara khas sebagai tanda prihatin, sekali gus menunjukkan solidariti kepada saudara seagama di Gaza.

“Saya dan Wings mahu merealisasikan acara yang membuktikan sokongan kita buat rakyat Palestin pada 13 November ini bersama Wings Motor Gang Society.

“Setakat ini, kita ada 300 buah motorsikal yang bakal berkonvoi, selain menyertai solat hajat dan menyatakan pendirian kita terhadap penduduk Gaza.

“Kami belum putuskan lokasi masjid yang ingin dibuat, namun akan meguar-uarkan sekiranya ingin mengumpul geng motor di setiap negeri,”ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Awie bersama Wings bakal mengadakan konsert penutup tahun 2023 di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI